1.Bisnes apa ni?
GCP
adalah sebuah syarikat yang menawarkan kepada kita emas dalam bentuk
barang kemas 999,dinar 999 dan gold bar 999.9 dari berat 1 gram (sekitar
RM200+) sehinggalah ke 100g.Konsepnya adalah simpanan untuk jangka masa
panjang demi mengukuhkan ekonomi kita dan melindungi wang kita dari
susut nilai dan kalis inflasi.Ianya ada kaitan dengan wang kertas yang
sebenarnya bukan matawang yang bernilai pada hakikatnya.
2.Berapa saya boleh dapat duit bulan-bulan?
Kami
tidak menjanjikan kepada anda duit bulan-bulan,pulangan,dividen dan
sebagainya.Konsepnya sama macam kedai emas,beli emas dapat emas,dan
simpanlah emas tersebut.Bezanya dengan modal yang rendah anda sudah
layak menjadi dealer.
Nak duit lebih,ada caranya,anda usaha,anda dapat.Kami sedia membantu tunjukkan caranya.
3.Bagaimana saya untung?
Beli
dan simpan pun dah untung,kalau nak lebih keuntungan bolehla sambil
menyimpan meniaga emas.Tapi ada syaratnya,kena ada ilmu dulu tentang
emas ni,barulah boleh meniaga.Meniaga emas bukan macam meniaga barang
lain,ianya amat istimewa dan mempunyai perkaitan dengan rahsia wang
kertas,ini yang perlu anda pelajari.Hanya orang yang sabar yang akan
melepasi tahap ini.Saya akan membantu menjawab persoalan yang bermain di
minda anda jika anda masih tidak faham.
Saya menyediakan platform yang cukup baik untuk anda bermula,antara nak dengan tak nak sahaja.
4.Kena cari downline?MLM ke?
Tidak,ini
bukan perniagaan MLM.Dan anda tidak perlu mencari downline.Apa yang
perlu anda lakukan ialah berkongsi ilmu tentang simpanan emas dengan
orang ramai,mulakan dengan orang yang anda kenali,sama ada rakan-rakan
mahupun saudara-mara (ini jika anda berminat untuk menyimpan sambil
menjana keuntungan sebagai pengedar).
Keahlian seumur hidup dan hanya sekali sahaja bayar.
Promosi
menjadi dealer dengan modal serendah RM1k sehingga 13 Mei 2012.Tiada
syarat belian.Apa yang anda dapat dengan bayaran RM1k?Teruskan bacaan.
13 Sebab Mengapa Anda Harus Menjadi Pengedar GCP
1.Dapat title pengedar emas
Dengan bayaran RM1k ,anda sudah layak bergelar pengedar emas @ dealer emas @ tokey emas 
Kalau
dulu,bukan senang nak jadi tokey emas ni,tapi sekarang zaman dah
berubah,ramai yang mampu menjadi tokey emas @ pengedar emas mobil.Tak
perlu keluar modal berjuta untuk buka kedai emas,bayar RM1k
sahaja.Tidakkah anda teringin merebut peluang ini?
2.Harga pengedar jauh lebih murah
Cuba
anda lihat harga pengedar di bawah,memang sangat murah.Namun adan juga
yang tertanya-tanya kenapa harga gold bar 1 gram mahal?
Jawapannya
kerana kos mencetak yang mahal dan biasanya memang sesuatu barang itu
akan lebih murah jika kita beli yang lebih besar,sebagai contoh,lihat
harga untuk 10g bar,RM1760= RM176/gram.Jangan terkejut jika melihat
harga untuk gold bar 100g,kerana ianya cuma 170/gram.Harga kedai emas
sekarang RM200/gram.
Ini adalah harga untuk emas 916 :
|
| Kami Jual | Kami Beli |
| Rantai Tangan Melur(RM/g) |
| 5g | RM 162.50 | RM 143.00 |
| 10g | RM 160.00 | RM 140.80 |
| 20g | RM 160.00 | RM 140.80 |
| 30g | RM 159.00 | RM 139.92 |
| 40g | RM 158.20 | RM 139.22 |
| 50g | RM 156.50 | RM 137.72 |
| 100g | RM 156.20 | RM 137.46
|
Catatan :Harga kedai emas yang ikut harga FGJAM ialah RM190 tidak termasuk UPAH.
GCP
juga menjual barang kemas 999 (RT=rantai tangan , RL= rantai leher).Ada
4 paten barang kemas 916 dan 999 iaitu pasir padu,gajah padu,bunga
pasir dan melur.
Harga
pengedar sangat murah,ada yang mencecah perbezaan sebanyak
RM30/gram.Bayangkan jika anda beli di luar,emas seberat 100g,anda telah
jimat hampir RM3000 jika beli dengan GCP.
Mengapa bayar lebih?
3.Anda dapat kuasa membeli yang lebih dengan emas.
Jika
anda menyimpan wang kertas,lama-kelamaan ianya susut nilai dan dimamah
inflasi.Mudah sahaja untuk memahami inflasi,lihatlah harga barang di
sekeliling kita sekarang,bukankah anda perlu menambah wang dari semasa
ke semasa untuk benda yang sama?Inilah yang dikatakan sebagai inflasi.
Berbanding jika anda simpan emas,harganya untuk jangka masa panjang semakin naik,maka kuasa membeli akan semakin meningkat.
Wang kertas semakin susut nilai
Kelebihan
anda sebagai pengedar,anda boleh sampaikan info ini kepada orang lain
dan memudahkan urusan mereka untuk mendapat stok emas dari anda.
4.Kos penghantaran PERCUMA dari GCP seumur hidup
Bayangkan anda order emas hari ini,esok sampai. 
Tak perlu keluarkan duit minyak,dan kos-kos lain untuk ambil stok di cawangan.Jimat bukan?
Masa dan tenaga juga jimat dan bolehla digunakan untuk membuat perkara lain.
Syarikat memberi jaminan jika berlaku kehilangan.Setakat ini belum pernah berlaku.
5. Kos penghantaran PERCUMA kepada pelanggan anda.
Anda
mempunyai kelebihan untuk mendapat keistimewaan ini.Anda mendapat
pelanggan,dan mereka jauh dari anda,maka bolehla membuat tempahan dengan
GCP,buat bayaran dan tempahan akan dihantar kepada pelanggan.Segalanya
hanya di hujung jari.
Dalam
masa yang sama,anda telah pun menjana keuntungan secara tak
langsung.Masih tak faham?Jangan risau,kami akan membimbing pengedar baru
untuk mengetahui cara mendapatkan keuntungan dalam private group
6. Produk Terkini
Dari
semasa ke semasa GCP sentiasa memberi kejutan dengan mengeluarkan
produk terkini mengikut keperluan dan trend terkini.Contohnya di bawah
ini,produk 1 gram gold bar yang merupakan antara hot item dan terkini 5
gram RT emas 916 paten melur yang comel 
Akan
datang GCP akan mengeluarkan produk silver pula,jika tiada aral,dalam
tahun ini juga atau selewatnya awal tahun hadapan.Pasti ianya berita
gembira bagi peminat silver.
7. Perkhidmatan selepas jualan.
GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
A)Mencuci emas (percuma)
B)Mencelup emas (kos minima)
C)Menilai harga emas terpakai (percuma)
8.Menyediakan modal dalam bentuk :
- Modal disediakan dalam bentuk stok emas.
GCP
menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para
pengedar yang membuat jualan 500g dan ke atas dalam 1 transaksi/1
pelanggan. Pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar
emas terus kepada pelanggan yang telah ditetapkan oleh pengedar.
Bayaran boleh dibuat oleh pelanggan sewaktu emas tersebut diterima.
- Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.
GCP
menjanjikan pembelian semula Gold bar dan Rantai Tangan emas 999 GCP
yang telah dijual kepada pelanggan dengan susut nilai sebanyak 15%
daripada harga jualan (Harga pelanggan CP) semasa. Manakala pembelian
semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6% daripada
harga pengedar (DP) semasa.
-Modal tunai untuk membeli emas terpakai.
Pengedar
digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh
GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar
hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual
oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada
pengedar.
9.Insentif Pengedar
Dealer get dealer
Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-
1)Ganjaran RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
2)Komisyen
rm1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang
diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar 999.9 sahaja)
Contoh insentif dealer get dealer:
Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen rm100.00
Contoh insentif pembelian:
Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat komisyen rm500.
Jika
Syahir pula memperkenalkan Hasyim sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja
mendapat komisyen, Abu tidak dapat sebarang komisyen.
Abu hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja.
Insentif bulanan:
Jika
dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau
lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap
pengedar baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00
10. Seminar PERCUMA
GCP
menyediakan insentif kepada dealer yang hendak mengadakan
seminar,segala kos ditanggung oleh GCP.Anda hanya perlu maklumkan
tempat,tarikh dan uruskan peserta,selebihnya akan diuruskan oleh GCP.CEO
GCP sendiri akan memberi talk dan penganjur diberi saguhati kerana
menganjurkan seminar.
Peruntukan
juga diberi untuk banner.Anda boleh pasang lebih awal untuk memaklumkan
kepada orang ramai mengenai seminar yang dianjurkan.
Ingin design banner?Saya ada.Anda hanya perlu ubah sedikit info sahaja.
Akan datang,akan diadakan seminar khas untuk membantu pengedar emas.
11. Kebebasan Kewangan
Dengan
menjadi pengedar emas,anda memainkan peranan untuk menyampaikan info
kepada orang ramai mengenai sebab dan kepentingan emas agar mereka celik
tentang emas.Dalam masa yang sama,sudah tentu anda juga membuat
simpanan emas secara konsisten.Ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita
dalam berbelanja .
Pengalaman
sendiri,saya semakin berjimat cermat dalam perbelanjaan,kewangan saya
bertambah baik dan saya bebas dari membuat hutang selepas menyimpan
emas.
Sebenarnya ada banyak yang harus anda gali sebagai dealer emas ini,dan tidak semua dapat dijelaskan di sini.
12. Group@FB
Bagaimana saya membantu dealer-dealer di seluruh Malaysia,malah ada yang berada di luar negara,termasuklah di Brunei dan London?
Group Gold Investor Club
–
group ini terbuka kepada semua penyimpan dan pengedar
emas.Membincangkan pelbagai topik berkaitan dengan emas,simpanan
emas,analisis harga emas,pendedahan skim pelaburan emas dan macam-macam
lagi.Saya biasanya akan meminta mereka yang baru mengenali emas
menyertai saya dan rakan-rakan saya yang lain di situ kerana ada banyak
info.
Jom sertai Gold Investor Club
Group Rangkaian Dealer Jutawangold
-group
khas untuk guide dealer dalam rangkaian ini yang telah memberi
kepercayaan memilih saya sebagai introducer.Jadi,saya mengambil
inisiatif untuk berkongsi info-info,dan juga maklumat asas di
situ,selain mengeratkan ikatan sesama rakan pengedar di mana kami selalu
bantu membantu di antara satu sama lain termasuk dalam urusan jual-beli
emas.
-Bimbingan terus dari CEO
Sebaik sahaja anda menjadi pengedar GCP,anda layak menyertai Group Pengedar GCP Seluruh Malaysia di
mana dapat berinteraksi dengan rakan pengedar di seluruh negara.Anda
juga boleh mendapat info dari pihak syarikat termasuk CEO sendiri,en
Shamsul Anuar Md Ali yang sentiasa juga berkongsi ilmu-ilmu pemasaran
dan menyediakan marketing tools free untuk para pengedarnya.Banyak
faedahnya menyertai group ini kerana segalanya menjadi mudah.
13. Kaya dan berjaya
Dengan menjadi pengedar emas,anda sebenarnya membantu :
1.Diri sendiri untuk kaya dan berjaya dunia dan akhirat
Apabila
anda menyimpan emas,anda layak membayar zakat apabila emas anda cukup
haul dan nisab,juga zakat perniagaan hasil keuntungan.Bukankah ianya
satu sumbangan yang bagus dalam meningkatkan ekonomi umat Islam?
2.Orang lain untuk kaya dan berjaya dunia dan akhirat
Apabila
anda mengajak orang lain menyimpan emas,sebenarnya anda membantu mereka
dari terus menyimpan wang kertas yang susut nilai itu,sebaliknya
menyimpan logam berharga yang menguntungkan untuk jangka masa
panjang.Lebih ramai yang menyimpan,lebih bagus kerana lebih ramai yang
akan membayar zakat dan menjadi kaya dan berjaya melalui simpanan emas
ini.
Lihat
sahaja iklan-iklan produk bank,kenapa tidak kita sebagai pengedar
mengambil peluang untuk memperkenalkan simpanan emas,kerana jika anda
kaji sejarah wang,emas adalah wang yang sebenar.Bukankah prospek
simpanan emas sangat luas?
Kesimpulannya,jangan
tunggu lama-lama untuk membuat pilihan yang terbaik.Seperti yang pernah
saya katakan,tersalah jadi dealer emas tidak apa,jangan tersalah join
skim cepat miskin,MLM atau skim piramid.Dan jangan harapkan dapat duit
bulan-bulan tanpa berusaha.Anda buat,anda dapat.
Mari sertai kami sekarang.Anda pasti tak menyesal.
Hubungi hotline :013-6333789 atau di fb :facebook.com/northern.utara untuk keterangan lanjut.
Credit : http://jutawangold.com/artikel/13-sebab-mengapa-anda-harus-menjadi-pengedar-gcp.html