Wednesday, October 10, 2012

Panduan Meningkatkan Simpanan EMAS Keluarga

Apabila kita mendengar tentang keuntungan bulanan, duduk diam dapat duit, boleh jadi JUTAWAN SEGERA dan sebagainya, disokong pula dengan testimoni pelanggan lain, biasanya tanpa berfikir panjang kita akan terus terpengaruh dan membeli emas tanpa membuat kajian terlebih dahulu sehingga menyebabkan kerugian.



BAGAIMANAKAH ANDA HENDAK PASTIKAN YG ANDA MENGGUNAKAN KAEDAH DAN TEKNIK SIMPANAN EMAS YG BETUL SUPAYA TIDAK TERTIPU?

Mudah sahaja! Pastikan anda beli emas mengikut harga pasaran atau lebih murah daripada harga pasaran, dapat emasnya (fizikal) untuk disimpan sendiri. Bukan hanya diberi sijil, surat pajak dan sebagainya. BELI EMAS DAPAT EMAS. Mudah! Katakan TIDAK kepada MLM/SKIM CEPAT KAYA/SCAM!!

Kaedah yg paling mudah ialah BELI EMAS DENGAN HARGA TERENDAH & SIMPAN.



BILA MASA YG SESUAI NAK BELI EMAS?

1) Beli Bila Ada Wang.
Beli bila ada wang. Produk emas sekarang sangat mudah diperolehi. Ejen-ejen yg menjual dan membeli emas emas sangat ramai dan mereka juga sedia berkhidmat bila-bila masa di mana-mana sahaja malah hingga ke pintu rumah anda

2) Beli Semasa HARGA MURAH
Jika diperhatikan senario harga emas, setiap tahun ada trend di mana harga emas akan jatuh sedikit. Bagi pembeli baru yg ingin bermula, ada yg ingin memilih waktu murah untuk membeli. Namun anda harus RAJIN memantau harga emas ini. Bagi yg sudah lama menyimpan emas dan ada sedikit pengetahuan tentang pergerakan harga emas, masa harga emas murah ini ramailah yg mengambil kesempatan untuk "restock" dan borong. Jika anda tiada masa untuk pantau harga, maka beli sahaja kerana untuk jangka masa panjang anda tidak rugi. Melainkan anda menjual emas tersebut sebelum sempat harga emas tu naik.

3) Beli Secara Konsisten
Lihat kepada perbelanjaan bulanan anda. Rancang dan buat bajet semula serta cuba kurangkan kos dengan berjimat cermat dan kurang perbelanjaan yg tidak perlu. Labih baik beli mengikut keperluan supaya tidak membazir. Bayangkan jika wang tersebut anda jimatkan dan simpan dalam bentuk emas, bukankah semakin bernilai? SABAR dalam simpanan emas kerana hasilnya pasti akan buat anda tersenyum di kemudian hari. Cuba peruntukan simpanan emas 1 gram sebulan (RM200++). Biar sedikit asalkan bermula dan elakkan daripada bercita-cita nak beli yg besar terus, akhirnya tak beli-beli. SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT.



4) Beli Bila Ada Matlamat
Tetapkan matlamat anda dan gunakan simpanan emas bagi menampan kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti kos untuk belajar ke IPT. Katakanlah kos sekarang untuk sambung belajar ke IPT adalah RM15000 dan 15 tahun akan datang mencecah RM60000, dengan hanya menyimpan 150g seorang sudah mencukupi untuk menanggung kos. Tak mustahil 15 tahun akan datang 150g emas yg anda simpan akan bernilai RM75000. Banyak lagi matlamat yg anda boleh rancang mengikut bajet dan keperluan masing-masing.



Bermulah SEKARANG walaupun dengan 1 dinar emas atau 1 gram emas.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk bersama-sama kami?
Hubungi:
Shahrul Radzi (013- 6333789)

Jom daftar sebagai FREE MEMBER. PERCUMA!
Klik DI SINI untuk pendaftaran percuma.

Laman web rasmi: www.gcp.com.my
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments: