Wednesday, October 10, 2012

SIMPANAN EMAS: Antara Modal, Masa & Ilmu

Apabila berbicara soal pelaburan, pasti ramai yg cuba membuat perbandingan antara macam-macam instrumen pelaburan terutamanya apabila kita menyentuh soal PULANGAN. Bagi mereka yg tidak mahu menerima sesuatu instrumen pelaburan itu, sebagai contoh EMAS, mereka mula membuat perbandingan dengan instrumen lain dan cuba membawakan fakta-fakta menarik mengenainya. Dalam keseronokan mereka membawakan fakta-fakta terutamanya tentang pulangan, ada faktor yg lupa diketengahkan iaitu

MODAL
MASA 
ILMU

Jom kita lihat satu persatu....

1) MODAL

Eh...Boleh dapat dah aset ni dalam RM190 se gram (Sept 2012, RM220/g Okt 2012). Tak payah buat loan pun. Kumpul sikit-sikit pun dah boleh dapat. Tak pun peruntukan sebahagian duit simpanan utk pembelian emas..Tak rugi pun, malah bertambah untung! Nak beli emas dengan harga LAGI MURAH? Daftar sebagai dealer, berbalo-baloi!



2) MASA

Bila-bila masa boleh beli emas. 24/7! Yg penting ada duit. Ada RM220 pun dah boleh beli 1 gram emas. Macam mana nak beli? Senang je... Daftar sebagai SAHABAT GCP.. FREE je daftar.. Tak bayar satu sen pun. Klik kat SINI.

3) ILMU

Kalau malas sangat nak keluar rumah pergi cari ilmu emas yg FREE, cukup la tahu tentang BELI EMAS DAPAT EMAS. Bukan beli emas dapat kertas. Simpan je la emas tu. Beli-Simpan-Beli-Simpan. Esok bila harga naik dan nak guna duit, jual la emas tu. On the spot dapat duit tu...Ingat ye, jangan beli emas dapat kertas,no akaun atau apepun tanpa emas fizikal.

Ramai yg berfikir panjang bila nak beli emas. Ayat yg biasa kita dengar...

  "kalo camtu bila nak dapat 1kg?!"  atau
  "kalo camtu bila nak jadi jutawan?!!"

Biasanya akan kedengaran apabila kita menganjurkan simpanan sedikit-sedikit. Contohnya buat simpanan emas 1 gram sebulan atau RM100 sebulan. Sedarkah kita andainya kita tidak MEMULAKAN, sampai bila-bila kita tak tahu bilakah kita akan sampai ke destinasi yg kita tuju. Sebab malaslah persoalan-persoalan itu keluar ataupun orang itu memang menyampah sangat dengan kita. Biasalah kan...Ilmu yang paling mudah sangat kita perolehi tanpa perlu belajar dari mana-mana universiti ialah PHD (Perasaan Hasad Dengki)

Apa salahnya tabiat menyimpan atau menabung sedikit-sedikit walaupun nampak secara luarannya seperti mustahil untuk mendapat pulangan yg besar. Takkanlah tahun demi tahun gaji tak naik?? Takkanlah tak dapat bonus?? Haa..Tukarlah strategi agar matlamat itu dapat dicapai dalam masa yg singkat. Dah ada emas di tangan bolehla berniaga kecil-kecilan. Tak laku pun tak apa sebab emas kan naik harga. Jadi duit kita dalam emas tu automatiklah bertambah kan...kaaan??

Moral Of The Story adalah...

M.U.L.A dan B.U.A.T!!!!

Selamat beramal...Semoga anda sihat, berjaya dan lebih kaya!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk pembelian emas 24/7 tanpa melalui dealer, sila DAFTAR PERCUMA di SINI

Keterangan lanjut, hubungi:
Shahrul Radzi
013-6333789

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Panduan Meningkatkan Simpanan EMAS Keluarga

Apabila kita mendengar tentang keuntungan bulanan, duduk diam dapat duit, boleh jadi JUTAWAN SEGERA dan sebagainya, disokong pula dengan testimoni pelanggan lain, biasanya tanpa berfikir panjang kita akan terus terpengaruh dan membeli emas tanpa membuat kajian terlebih dahulu sehingga menyebabkan kerugian.



BAGAIMANAKAH ANDA HENDAK PASTIKAN YG ANDA MENGGUNAKAN KAEDAH DAN TEKNIK SIMPANAN EMAS YG BETUL SUPAYA TIDAK TERTIPU?

Mudah sahaja! Pastikan anda beli emas mengikut harga pasaran atau lebih murah daripada harga pasaran, dapat emasnya (fizikal) untuk disimpan sendiri. Bukan hanya diberi sijil, surat pajak dan sebagainya. BELI EMAS DAPAT EMAS. Mudah! Katakan TIDAK kepada MLM/SKIM CEPAT KAYA/SCAM!!

Kaedah yg paling mudah ialah BELI EMAS DENGAN HARGA TERENDAH & SIMPAN.



BILA MASA YG SESUAI NAK BELI EMAS?

1) Beli Bila Ada Wang.
Beli bila ada wang. Produk emas sekarang sangat mudah diperolehi. Ejen-ejen yg menjual dan membeli emas emas sangat ramai dan mereka juga sedia berkhidmat bila-bila masa di mana-mana sahaja malah hingga ke pintu rumah anda

2) Beli Semasa HARGA MURAH
Jika diperhatikan senario harga emas, setiap tahun ada trend di mana harga emas akan jatuh sedikit. Bagi pembeli baru yg ingin bermula, ada yg ingin memilih waktu murah untuk membeli. Namun anda harus RAJIN memantau harga emas ini. Bagi yg sudah lama menyimpan emas dan ada sedikit pengetahuan tentang pergerakan harga emas, masa harga emas murah ini ramailah yg mengambil kesempatan untuk "restock" dan borong. Jika anda tiada masa untuk pantau harga, maka beli sahaja kerana untuk jangka masa panjang anda tidak rugi. Melainkan anda menjual emas tersebut sebelum sempat harga emas tu naik.

3) Beli Secara Konsisten
Lihat kepada perbelanjaan bulanan anda. Rancang dan buat bajet semula serta cuba kurangkan kos dengan berjimat cermat dan kurang perbelanjaan yg tidak perlu. Labih baik beli mengikut keperluan supaya tidak membazir. Bayangkan jika wang tersebut anda jimatkan dan simpan dalam bentuk emas, bukankah semakin bernilai? SABAR dalam simpanan emas kerana hasilnya pasti akan buat anda tersenyum di kemudian hari. Cuba peruntukan simpanan emas 1 gram sebulan (RM200++). Biar sedikit asalkan bermula dan elakkan daripada bercita-cita nak beli yg besar terus, akhirnya tak beli-beli. SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT.



4) Beli Bila Ada Matlamat
Tetapkan matlamat anda dan gunakan simpanan emas bagi menampan kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti kos untuk belajar ke IPT. Katakanlah kos sekarang untuk sambung belajar ke IPT adalah RM15000 dan 15 tahun akan datang mencecah RM60000, dengan hanya menyimpan 150g seorang sudah mencukupi untuk menanggung kos. Tak mustahil 15 tahun akan datang 150g emas yg anda simpan akan bernilai RM75000. Banyak lagi matlamat yg anda boleh rancang mengikut bajet dan keperluan masing-masing.



Bermulah SEKARANG walaupun dengan 1 dinar emas atau 1 gram emas.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk bersama-sama kami?
Hubungi:
Shahrul Radzi (013- 6333789)

Jom daftar sebagai FREE MEMBER. PERCUMA!
Klik DI SINI untuk pendaftaran percuma.

Laman web rasmi: www.gcp.com.my
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, October 6, 2012

KENAPA PERLU MENYIMPAN PERAK?

SELAIN EMAS, KENAPA PERLU MENYIMPAN PERAK DARI SEKARANG?


Mengapa Perak sebagai komoditi pelaburan?
Perak lebih menguntungkan berbanding emas
Sejarah telah membuktikan :
Tidak semua orang mampu membeli emas kecuali orang yang kaya dan bank-bank pusat.
Perak masih jauh lebih murah berbanding emas, ini bermakna pemilikan koin perak lebih menguntungkan.

Perak mempunyai faedah sebagai pelindung nilai inflasi dengan pertimbangan berikut:

a. Pasaran perak masih jauh lebih kecil, dan tidak memerlukan wang yang banyak untuk dipindahkan ke perak sebagai pelaburan untuk dipasarkan.
b. Beberapa tahun perak telah mengalahkan emas secara dramatic, bermula dengan $ 3 ons kini berada lebih dari $ 40 per ounce.
c. Perak juga merupakan industri logam yang sangat penting dengan lebih daripada 3,000 industri terkini menggunakan perak.
d. Kerajaan tidak pernah memandang perak, walaupun mereka telah merampas emas. Usah khuatir (PE ada simpanan yang banyak), anda akan merasa lebih selamat dengan perak daripada emas.
e. Tambahan kerajaan sebenarnya tidak bersedia untuk melombong perak. Perak banyak berada di atas muka bumi akibat daripada perkembangan industri berasaskan perak
f. Berdekad lamanya perak lebih banyak digunakan sebagai wang berbanding emas. Syiling perak menjadi common denominator wang di kebanyakan tempat dan masa berbanding emas.
g. Perak dijangka akan menewaskan atas keuntungan emas sekitar nisbah 00:57. Marilah kita menyisihkan sedikit wang fiat untuk disimpan dalam nilai perak.

Apakah jenis perak harus anda beli?

Oleh kerana mahukan pasaran antarabangsa, kita bolehlah memandang kepada perak helang Amerika dan syiling perak asing yang boleh dibeli dari penjual syiling, kerana ia juga mudah dijual semula. Harga berfluktuasi dan boleh dijual setiap jam dan mudah mendapatkan pelanggan.


Sampai bila kita mahu memandang perak?
Harga perak masih berada dalam bullmarket. Selagi ada kenaikan selagi itu ada harapan bergantung kepada dasar kerajaan selagi kerajaan masih mengagung-agungkan wang fiat selagi itulah kita mendapat faedah menyimpan perak.

Dimana mahu simpan perak?
Simpanlah dari tempat yang selamat dan jauh dari perhatian pencuri. Jangan simpan dalam kotak simpanan keselamatan di bank-bank kerana ia tidak akan selamat jika kerajaan akan memutuskan menggantikan perak sebagai pengganti wang fiat. Dewasa ini perak hanya dianggap komoditi lain.

Semua pihak termasuk kerajaan bebas menghasilkan dan menjual syiling perak. Tapi mereka tidak mempunyai stok, sehingga memaksa mereka membeli di pasaran bebas seperti yang kita lakukan.

Perak mampu dibeli oleh orang kebanyakan berbanding emas. Ini satu kelebihan untuk membangunkan industry perak standing dengan emas.

Perlukah kita menjual beli perak dalam masa terdekat?

Jangan hiraukan tentang kenaikan harga dan menjual tergesa-gesa kerana arah pasaran perak adalah bullmarket yang tidak ada kesudahannya melainkan kerajaan mewartakan perak sebagai wang.


Perak komoditi warisan keluarga?

Kepada teman-teman, saya mencadangkan supaya perak menjadi komoditi warisan keluarga kerana harga akan terus naik tanpa henti

-------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk memiliki Perak @ Silver?
Hubungi saya:
Shahrul Radzi (AD2419)
013-6333789

atau
Pembelian terus melalui online 24/7

---------------------------------------------------------------------------
 

GENNEVA KENA SERBU BNM..."PELEBUR" TERJERAT...


Serbuan Bersama Ke Atas Genneva Malaysia Sdn Bhd
Satu operasi serbuan bersama ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat-syarikat sekutunya telah dibuat hari ini oleh Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Bank Negara Malaysia kerana dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh agensi-agensi penguatkuasaan berkenaan.
Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura juga telah mengambil tindakan yang sama ke atas Genneva Pte. Ltd. di Republik itu.Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melabur wang mereka bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa kegiatan yang menyalahi undang-undang.http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press_all&ac=2665&lang=bm
  Laporan Polis  dibuat oleh pelabur Genneva

 

Ni berita yang masuk Utusan Malaysia (bukan gambar Neelofa tu eh...;p)
Berita lain :
 
From page Zaharudin.net
Telah FB saya mengingatkan sebelum ini, majlis fatwa juga telah fatwakan ia haram, masa telah diberi untuk yang terlibat menarik diri. Kini ia diserbu pula, http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F10%2F2%2Fnation%2F12110572&sec=nation

Akibatnya semua akaun Genneva dibekukan. Menurut info yang saya ada, bukan Genneva sahaja yang diharamkan (& akan diserbu) tetapi semua jualan emas yang menggunakan skim sepertinya iaitu hibah, janji beli semula dengan harga jualan atau yang menyediakan skim pulangan seperti pelaburan. Berhati-hati ye sahabat-sahabat sekalian, jangan terkejar menjadi kaya nanti papa dunia akhirat.



So,apa sebenarnya berlaku?

Pelaburan emas apa yang selamat sekarang?

- Pelaburan yang dibuat kerana ada ilmu.Paling asas yang perlu anda tahu ialah “Emas bukan pelaburan,ia adalah WANG.Simpan dan buat tak tahu (melainkan jika anda peniaga emas,bolehla meniaga ).
Gunakan  bila perlu,sama ada dengan pajak atau jual-itupun pilihan terakhir>
-Istilah “Pelaburan emas” telah disalahtafsirkan oleh skim seperti ini  menyebabkan kekeliruan pada masyarakat umum.Emas sebenarnya adalah “simpanan”

OLEH ITU..pastikan beli emas dapat emas di tangan,dan jangan harapkan pulangan bulanan,dividen dan keuntungan segera.
Bagi sesetengah orang tak salah sebut pelaburan emas,sebagaimana kata kawan saya ni :
“Jangan salah faham dgn erti perkataan “pelaburan emas” tu.. simpanan emas pada fahaman sy juga adalah satu pelaburan emas.. bermakna anda membeli emas dan menyimpan emas tersebut.. emas ni dikira satu pelaburan kerana harga emas ni sentiasa berubah (naik)..

Samalah macam pelaburan hartanah dan harta pusaka atau pembinaan aset.. itu dikira berlabur demi masa depan..simpanan emas = pelaburan emas, sama je cuma cara kita sahaja berbeza..

Pelaburan jangka masa pendek dan pelaburan jangka masa panjang.. mana ada wang datang bergolek tiba tiba je..kecuali MLM atau skim yg diamalkan sesebuah syarikat tu (contoh genneva)..

So tiada salah nya menggunakan pelaburan emas ni cuma mungkin pada masa sekarang istilah ni tidak lagi sesuai digunakan.”
Belilah emas untuk simpanan jangka masa panjang,sebagaimana pesanan rakan saya ini :

“Emas/perak ni yg sebenar2 nya ialah wang , yg dok turun naik tu nilai duit kertas .Tapi susah nak bagi org paham ,sebab dah terlalu lama kita dok terbiasa dgn duit kertas . Jadi bila beli emas/perak asyik dok nampak pulangan dalam ringgit je walhal kita nak preserve value . Dalam keadaaan ekonomi yg caca marba ni kena pegang tanggible assets (termasuk la logam berharga) sebab economic collapse, currency devaluation tu perkara yg kemungkinan besar akan terjadi.”

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingin menjadikan emas sebagai simpanan?
Jom sertai kami di GCP.

Hubungi saya:
Shahrul Radzi (AD2419)
013-6333789
izdar.radzi11@gmail.com

Jadilah SAHABAT GCP. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
**credit to http://www.jutawangold.com

20 FAKTA YANG WAJIB ANDA TAHU TENTANG GCP



1.
Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP) adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya. Ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009 sebagai pembekal barang kemas, jongkong emas, dinar emas, dan syiling emas.

2.
GCP juga menyediakan perkhidmatan membeli sebarang bentuk emas seperti emas 999,950,916,835,750 dan 535, merangkumi sebarang jenis emas terpakai, lusuh atau rosak.

3.
Pada tahun 2011,GCP telah merasmikan pembukaan pejabat baru di Bandar Baru Nilai yang telah menjadi Ibu Pejabat syarikat yang menempatkan bahagian operasi dan pengurusan syarikat.

4.
GCP hanya menjalankan peniagaan JUAL BELI EMAS SAHAJA dan tidak terlibat dgn perniagaan berunsur skim pelaburan emas, skim piramid, multilevel marketing, dan sebarang aktiviti yang menyalahi akta AMLAA, AMLATFA,  BAFIA dan SC.

5.
Misi GCP ialah mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik. Melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi.

6.
Memberi peluang kepada Bumiputra untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas. Konsepnya adalah menggalakkan orang ramai membuat simpanan untuk jangka masa panjang demi mengukuhkan ekonomi kita dan boleh juga dijadikan pelaburan. Emas adalah wang yang sebenar dan boleh menarik kekayaan kepada penyimpannya.

7.
Produk terhangat di pasaran, barang kemas 999, barang kemas 916, dinar 999.9 , gold bar 999 1g,10g,20g,50g,100g, jongkong perak 10g,20g,50g dan 100g.

8.
Yuran pengedar seumur hidup dengan modal serendah RM1000, tiada syarat belian produk , tiada target sales, bukan MLM, tak perlu cari orang/downline.

9.
Menawarkan harga borong kepada pengedar dengan pelbagai keistimewaan dan servis

10.
Pengedar GCP boleh membeli emas 999 dengan harga MURAH iaitu diskaun sehingga 8% daripada harga pelanggan di web GCP & spread jual semula kpd GCP serendah 5%.

11.
MODAL disediakan dalam bentuk stok emas.

12.
MODAL wang tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.

13.
MODAL wang tunai disediakan untuk membeli emas terpakai.

14.
Perkhidmatan penghantaran PERCUMA.

15.
Perkhidmatan selepas jualan

16.
Insentif Pengedar (ganjaran wang tunai kpd pengedar)

17.
Bantuan pemasaran di akhbar & majalah

18.
Seminar PERCUMA utk pengedar & prospek

19.
Personal Coaching secara online dan offline dengan pemilik GCP secara PERCUMA.

20.
GCP peneraju emas mampu milik membuka peluang kepada orang ramai membeli emas murah, berkualiti, tanpa upah tukang dan peluang harga borong kepada pengedar. Tawaran ini akan ditutup bila-bila masa.
Hubungi saya sekarang untuk memiliki emas pertama anda!
Dan tawaran bonus khas untuk anda yang berminat untuk menjadi pengedar!
Shahrul Radzi (AD2419)
013-6333789
izdar.radzi11@gmail.com

EMAS: Simpanan vs Pelaburan (Oleh UZAR melalui IKIM.fm)

EMAS - Simpanan atau Pelaburan....
Ramai orang sukakan emas. Ada yang ingin memiliki atau sudah memiliki emas samada dalam bentuk perhiasan, simpanan atau pelaburan.
Apa yang nak dibincang lebih kepada bentuk prinsipal sahaja. Kenapa emas? Mengapa kita perlu berfikir untuk memiliki emas fizikal? Dan kenapa kita perlu elak menyimpan duit kertas (dalam konteks bilamana kita ada duit lebih)? Kerana jika simpan emas bukan dari duit lebihan, maka ada risiko tambahan di situ.
Jawapannya kerana kita perlu memahami duit kertas dalam simpanan kita hari ini sebenarnya tidak selamat dalam suatu tempoh yang panjang. Ia adalah suatu simpanan yang sangat baik dan di galakkan dalam islam, kerana nilai emas yang sangat stabil, dan mempunyai 'intrinsic value' berbanding dengan duit kertas yang kita pegang hari ini.
Duit kertas untuk long term (bila kita ada lebihan duit) adalah tidak selamat akibat inflasi atau susut nilai. RM1 pada 1970 adalah tidak sama dengan RM1 pada tahun 2012 kerana susut nilainya RM1 itu. Susut nilai berlaku kerana penciptaan duit kertas melebihi pendapatan atau pengeluaran hasil sebenar di dalam sesebuah negara.
Growth of real economic development dalam bentuk equity khususnya, iaitulah tanah ataupun dalam bentuk banggunan dan manufacturing products, tidak begitu laju berbanding dengan penciptaan duit yang dibuat oleh mana-mana bank negara. Maka supply duit bertambah tinggi sedangkan penghasilan atau penguluaran dalam negara adalah kurang. Maka berlaku susut nilai, sebab duit kertas yang dicipta tidak setara dengan perkembangan ekonomi.
Dan trend sebegini, hari ini sering diguna pakai terutamanya di dunia yg maju, iaitu cara bergantung dengan hutang. Mereka create hutang lagi banyak. Akibatnya hutang menjadi semakin banyak, supaya dengan hutang ini dapat menutup kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran institusi kewangan contohnya.
Akibat dari perkara itu, susut nilai itu sentiasa berlaku. Jadi setiap tahun inflasi ini akan berlaku 2-4%. Jadi jika kita simpan dalam bank tahun lepas sebanyak RM50k. Maka tahun ini nilai RM50k yang kita simpan itu sudah tidak sama mcm tahun lepas. Sekurang-kurangnya nilainya sudah kurang 2% ke 3%. Berbanding dengan simpnan dalam bentuk emas. Kalau kita simpan emas fizikal, ia tidak terdedah kepada maslah itu. Tetapi jika kita mengharapkan dari pelaburan duit kertas atau emas itu ada pulangan bulanan atau ada pulangan quarterly atau pulangan semi-annually, maka emas tidaklah sesuai. Sebab emas untuk simpanan atau preservation itulah yg paling ideal. Untuk pelaburan tidak begitu ideal, kecuali untuk peburan jangka sederhana atau panjang.
Berapa lama jangka sederhana atau panjang itu? Kalau mengikut trend graf statistic, Jangka sederhana adalah bermula dari tahun ke 2 hingga 5 tahun, lebih dari itu adalah jangka panjang.
Jadi kalau kita ada duit byk lebih, dan kita nak duit kita itu selamat lama. Kita belilah emas. Dan pada ketika itu kita simpan emas tampa perlu fikir untuk mencairkannya dari sudut menukarkannya dengan duit kertas (atau menjualnya), dalam tempoh 5 tahun sahaja dengan trend kenaikan emas dari tahun 1900 sehingga sekarang, insyaAllah akan ada byk pulangannya. Malah pada tahun 1999 sehingga 2009 sahaja telah menunjukkan kenaikan sebanyak 267%. Jadi itu bagi orang ada duit lebih.
Kesimpulan, emas sebagai simpanan adalah sgt ideal. Sebagai pelaburan jangka sederhana dan panjang adalah ok. Tetapi untuk pelaburan jangka pendek adalah tidak ok kerana sangat berisiko tinggi walaupun kadang-kadang boleh menghasilkan pulangan yang tinggi, jadi tidak digalakkan sangat.
Jadi bila membincangkan tentang simpanan atau pelaburan emas, nak beli emas yang mana? Apa pilihan yang kita ada? Sekurang2 nya kita ada 5 pilihan.
1. Yang pertama kita boleh beli emas fizikal. Emas fizikal dalam bentuk jongkong atau bentuk wafer.
2. Jenis kedua dalam bentuk syiling emas. Biasa disebut dalam bentuk dinar emas.
3. Yang ketiga, dalam bentuk paper gold. Melalui gold pass book. Ada dalam buku akaun.
4. Melalui beli saham ETC, exchange traded fund. Kene bukak dalam bursa saham Malaysia untuk faham.
5. Gold mining stok, iaitulah saham2 syarikat perlombongan emas.

Daripada 5 ini, perbandingan antara gold coin vs wafer/bar
  • Emas fizikal, Jongkong dan wafer atau gold coin. Yang mana lg bagus? Jawapannya untuk simpanan atau pelaburan, goldbar atau wafer.
  • Kalau untuk ditukar selalu melalui urus niaga (muamalat), gold coin adalah lebih baik. Tapi sebab di malaysia ini, dinar belum digunakan dalam bentuk yg lebih meluas. Jadi dari pandangan saya (UZAR), goldbar dan wafer adalah lebih baik. Ini kerana goldbar dan wafer, harga per gram lebih murah dari gold coin. Ini kerana kos tempa gold coin adalah lebih tinggi, maka harganya biasa lebih mahal sedikit.
  • Untuk tahu harga murah atau tidak. Harga perlu di bandingkan dalam per gram dengan spot price (harga emas pasaran dunia). Contoh pada minggu tahun lepas harga emas semasa adalah lebih kurang 160/g. Harga dinar pula adalah lbh kurang 173/g. Mahal RM13 per gram.
  • Maka untuk simpanan, dinar adah kurang untung. Selain itu dinar juga mungkin agak susah untuk dibawa keluar ke negara-negara luar mungkin ada yang jenis prejudis dan anti-islam. Maka gold bar di sini lebih praktikal.
  • Kebanyakan gold coin juga adalah 916 kerana hendak menjadikannya keras sedikit. Tetapi gold bar ada banyak ketulenan. Dan di galakkan untuk menyimpan yang paling tulen iaitu 999.9 (24 karat), yang paling tulen dan paling tinggi harga dan nilainya.

Goldbar/goldwafer vs gold pass book
  • Kita beli emas, emas itu tidak diberi secara nyata dan fizikal, tetapi hanya di tulis dalam buku mengikut berapa berat kita beli. Yang ini belum sebut soal monetary lagi, tapi sudah ada masalam dalam syariah. Di mana berdasarkan hadis nabi, "bila emas ditukar dengan perak, mestilah serta merta".
  • Dalam kes ini kita mahu menukarkan duit kertas dengan emas. Adakah duit kertas sama dgn konsep ini? Maka kesatuan fiqh islam sedunia ada menyatakan, duit kertas bila ditukar dengan emas, undang-undangnya sama dengan perak. Dan di sini ada riba' yang disebut sebagai riba' nasiah.
  • Sebab itu biasanya bank-bank yang menawarkan gold pass book ini biasanya bank yang tidak menepati syariah. Tetapi jika ada bank yang menawarkan pass book yang menepati syariah adalah boleh. Kesimpulannya beli bank gold pass book ada masalah syariah walaupun dari sudut harga ia lebih murah dari emas fizikal.
  • Kenapa lebih murah? Logiknya cukup mudah. Kerana untuk pembekal yang menawarkan emas fizikal, dia perlu ada emas tersebut dalam simpanannya. Jadi itu semua kos. Dia perlu transport, simpan, insuran dan sebagainya, berbanding gold pass book yang menjual emas yang tiada dalam pemilikannya. Maka dia boleh jual emas dgn harga yang lebih rendah berbanding emas fizikal.
  • Tapi kita kena faham yang nabi penah sebut, riba' itu walaupun banyak untung dan pulangannya, akan sentiasa membawa kepada sedikit kemudharatan. Dan sedikit kemudharatan itu akan membawa kepada natijah, orang itu menjadi hamba kepada harta. Sebagaimana Allah pernah sebut dalam hadis kudsi "kamu hendak buat satu kerjapun, hendaklah buat semuanya menjadi ibadah". Selain itu ada juga maslah dari sudut safety. Kenara emas sebenar tiada, maka jika bank tutup atau bankrup, akan hilanglah emas itu.

Emas fizikal vs gold mining stok
  • Kalau pemintaan emas naik, saham naik dan sebagainya, memang untung. Dividen pun dapat. Namun masalah timbul jika ada masalah dalam syarikat. Akibatnya saham boleh jatuh dan kita boleh rugi. Berbanding emas fizikal, bila kita sudah memiliki emas fizikal, sudah tiada kaitan jika apa-apa berlaku pada syarikat tersebut.

Mana nak beli emas pula?
  • Internet - ada syubahah disitu, kerana ada kelewatan dalam penyerahan emas.
  • Bank - ada bank yang patuh syariah yang menjual emas fizikal.
  • Goldsmith (kedai emas biasa) - biasa jual dengan harga runcit yang agak tinggi. Maka perlu faham harga emas pasaran wholesale dengan harga belian. Maka di sini perlu buat survey dahulu untuk melihat yang mana yang bagus.
  • Syarikat kecil - boleh tapi ada risiko emas palsu, samada dalam masalah ketulinan, emas itu 999 tapi sebenarnya 916. Atau mmg emas palsu terus.

Berapa banyak nak beli?
  • Yang dicadangkan oleh expert adalah 20% daripada surplus (duit lebihan). Jangan 100% emas nanti susah tiada cash. Yang baki boleh di pecah-pecahkan kan. Jangan letakkan duit-duit kita pada satu pelaburan sahaja, pelbagaikan.


SOALANAda bank yg offer untuk beri emas fizikal 3-7 hari selepas permohonan. Bagaimana?
JAWAPAN : kalau order dan dah bayar, dalam emas dapat dalam 3-7 hari, maka menurut 4 ulama' dan majlis fiqh sedunia, tidak boleh. Namun ada alternatif lain.
Hibbah emas - satu trick atau skim dan penipuan. Kita senyum dapat duit sendiri balik. Namun ada syarikat emas yang menjanjikan belian semua dengan harga semasa beli. Tetapi sebenarnya BNM tidak membenarkan syarikat emas menjanjikan belian semula. Maka ada risiko di situ. BNM juga tidak membenarkan pembelian emas dengan hibbah secara janji. Mengikut hukum, arahan pemerintah yang tidak melanggar syara' adalah wajib dipatuhi.
KESIMPULAN
Duit kertas tidalah begitu selamat untuk disimpan jika ada duit lebih. Namun jika tiada duit jangan pula beli emas. Nanti susah nak beli nasi lemak. Bagi orang yang belum nak guna duit cash, tetapi nak digunakan untuk masa akan datang seperti untuk yuran pengajian anak dan sebagainya, juga digalakkan untuk menyimpan dalam bentuk emas.
Contohnya, jika kita menyimpan duit untuk pengajian anak kita di universiti, boleh jadi pada masa kita nak guna duit itu, sudah tidak cukup kerana yuran sudah naik dan sebagainya akibat inflasi. Jadi kita perlu usahakan lebih banyak duit. Kalau di simpan dahulu dalam bentuk emas, bukan sahaja cukup, malah mungkin kita boleh hantar anak kita ke pusat pengajian yang lebih baik.
Selain dari takaful dan pelaburan lain, consider juga lah emas. Dan simpanlah di tempat yang sesuai. Contoh safe deposit box. Semoga kita sama2 mendapat manfaat daripada precious metal yang tidak banyak yang Allah ciptakan ini. Dan mengelakkan diri kita dari kemudharatan duit kertas yg boleh memakan kekayaan dan harta kita sedikit demi sedikit.
  
Rakaman audio asal boleh di download di sini : http://www.mediafire.com/?ksw1m19q6qjg83w




Apa tunggu lagi? Fast action fast result!
Jom sertai saya bersama GCP untuk menjadi ushawan emas!
Kenapa?
1. Tak dapat jual pun anda tidak rugi, emas tiada tarikh luput! Malah makin di biar makin tinggi harganya. Itu rahsia kedai emas tak pernah tutup walau sudah seabad lamanya! Sebab itu orang selalu kata, simpan emas untung, jual emas lagi untung!
2. Modal sangat rendah. Tidak perlu modal pun anda sebenarnya boleh. Ramai yang tidak tahu!
3. Ramai orang sudah tahu dan sedar tentang kepentingan emas dan perak. Ramai sudah celik emas. Kerja anda cuma menawarkan perkhidmatan terbaik sahaja! Tak perlu cerita panjang lagi tentang kepentingan menuimpan emas. Mudah kan?

Hubungi saya:
Shahrul Radzi
www.facebook.com/gcp2u
013-6333789

Daftar Ahli Percuma di GCP – Jadi SAHABAT GCP

Assalamualaikum…
Salam sejahtera buat semua pembaca...
Kini GCP membuat satu lagi pemasaran terbaru untuk kemudahan semua pelanggan...

love+GCP Daftar Ahli Percuma di GCP   Sistem pemasaran terbaru GCP terbaik!



Untuk makluman semua kini semua orang boleh daftar sebagai ahli percuma di GCP. Klik di  SAHABAT GCP


Apa anda akan dapat ?

1- Dapat web replika GCP mantap… dapat no ID dan boleh login.
2- Boleh semak harga 24 jam..
3- Boleh order 24 jam seminggu (24/7) tanpa perlu call Dealer atau syarikat
4-Syarikat akan hantar terus kepada anda secara percuma..
    *kecuali jika order silver shj tanpa emas.. icon smile Daftar Ahli Percuma di GCP   Sistem pemasaran terbaru GCP terbaik!

5- Boleh upgrade jd dealer pada biler2 masa.. hehehe tp kena bayar yuran pendaftaran la icon razz Daftar Ahli Percuma di GCP   Sistem pemasaran terbaru GCP terbaik!

*bayar RM 1k dapat semua kelebihan dealer.. Baca di sini http://emasonlinegcp.blogspot.com/2012/08/mengapa-anda-harus-menjadi-pengedar-gcp.html