(1) - Pada tahun 2000, RM1 kita boleh membeli 5 biji
kuih. Tetapi pada tahun 2012 ini, dengan hanya RM1 kita hanya mampu membeli 2
biji kuih sahaja, tambahan kuih semakin kecil saiznya. Orang kata harga kuih
makin mahal. (Apa yang orang kata itu aku kata itu silap, bukan kuih yang mahal
tetapi nilai mata wang kita makin menjunam).
(2) - Untuk membeli 2 biji kuih pada tahun 2000, kita
hanya memerlukan 40 sen sahaja. Tetapi pada tahun 2012, untuk 2 biji kuih,
harganya sudah menjadi RM1.
(3) - Maka, nilai RM1 kita pada tahun 2012 ini hanya
bersamaan dengan 40 sen pada tahun 2000. Ini adalah benar. Nilai matawang kita
semakin turun hari demi hari tanpa kita sedar. Bagi sesetengah orang, ini cuma
pekara biasa. Inflasi. Mereka tahu cakap je inflasi tapi tak tahu apa itu
inflasi. Inflasi Zero? Propaganda.
(4) - Setelah persamaan kedua-dua belah (tahun 2000 dan
tahun 2012) digandakan. Pada tahun 2012, nilai RM 1 juta hanya bersamaan dengan
RM 400 ribu sahaja untuk tahun 2000. Kalau anda rasa anda jutawan pada tahun
2012 ini dengan memiliki RM 1 juta. Maka sebenarnya, orang yang mempunyai RM 400
ribu pada tahun 2000 juga jutawan kerana nilai duit anda dan orang itu adalah
sama! Faham kan? Dah nampak?
(5) - Ramai diantara kita. Bukan ramai lagi. Terlampau
ramai diantara kita dipengaruhi dengan sistem ASB ( Amanah Saham Nasional
Berhad) yang mencanang keuntungan yang berlipat kali ganda. Kalau anda ada
calculator di sisi anda. Cuba kira. Sekiranya kita memasukan RM 400 ribu di ASB
pada tahun 2000 dengan dividen 9% setahun, adakah kita mendapat sekitar RM 1
juta pada tahun 2012? Iya bukan? Adakah anda rasa ini satu keuntungan?
Keruguian? Atau SAMA sahaja!? Kerana nilai RM1 juta pada tahun 2012 adalah sama
dengan RM 400 ribu pada tahun 2000. ASB pandai. Kita yang tertipu.
(6) - Bila bercakap pasal pelaburan Real Estate. Beli rumah. Kalau kita beli rumah RM 400 ribu pada tahun 2000, adakah rumah yang kita beli itu bernilai RM 1 juta pada tahun 2012? Mustahil! Dan jangan juga lupa, zaman sekarang susah nak jumpa orang beli rumah cash. Semuanya loan. Kalau loan RM 400 ribu untuk beli rumah, kita akan bayar RM 400 ribu ke? Tidak bukan? Malah hampir RM 700 ribu. Betul kan? Tepuk dada dan fikir. Untungkah pelaburan membeli rumah? Ramai yang menjual rumah tidak ambil tahu tentang nilai matawang kita. Ini masanya untuk anda berfikir. Bagi aku, ini bukan lagi masa untuk pelaburan Real Estate.
(7) - The best part. Cuba tanya orang yang hidup tahun
1990-an berapa harga emas? Dan bandingkan dengan harga sekarang. Pada tahun
2000, 1 gram emas hanya berharga sekitar RM 30. Tetapi pada tahun 2012, 1 gram
emas sudah mencapai RM 180. Dan sekiranya anda menggunakan RM 400 ribu yang anda
ada pada tahun 2000 untuk membeli emas dan bukanya memasukkanya ke dalam ASB
mahupun melabur dengan membeli rumah. Harga emas anda sudah mencapai RM 2.5 juta!!!.. Sekarang anda
nampak?
Pilihan di tangan anda. Anda tentukan sendiri samada
anda ingin memulakan simpanan emas atau terus menyimpan wang kertas. Jadi bijak!!

No comments:
Post a Comment